Assalamu'alaikum Semua ....
Haaa,,,, Sudah lama tidak diupdate blog ini yaa,,,
Maklumlah,,,,,, agk sibuk sedikit,,,,,
Jadi para pembaca, hari nie nk dikongsikan sebuah kisah tentang
seorang ibu tunggal yang menyara kehidupan keluarganya dengan menjual tapai,
kisahnya bermula ,,,,
Pada setiap hari ibu tunggal ini akan menyediakan tapai pada malam
hari dan menjual di pasar pada waktu pagi, tapai yang diperamnya biasanya akan
masak pada waktu pagi,,,,
Ibu tunggal ini akan pergi ke pasar dengan menaiki
basikal tuanya bersama tapai yang masak.
begitulah rutin harian seorang ibu
tunggal demi mencari sumber rezeki yang halal.....
Pada Suatu hari,,,,ibu tunggal ini menyediakan
tapai seperti biasa ,,,
keesokan paginya,,, ibu tunggal ini memastikan
tapai yang diperamnya telah masak,
namun, tapainya masih belum masak,
Ibu tunggal ini masih belum berputus asa,,,,
Ibu tunggal ini tetap hendak ke pasar demi mencari
rezeki untuk keluarganya,
sambil mengayuh ke pasar dengan kudrat yang ada ,
bibir ibu tunggal ini terkumat-kamit berdoa ;
"Ya Allah bantulah aku demi mencari rezekimu
dengan cara yang halal Ya Allah"
Setibanya di pasar,,, Ibu tunggal ini menyediakan
keperluan untuk berjual,,,
sekali lagi ibu tunggal ini memastikan tapainya,
malangnya, tapainya masih belum masak,,,,,
sambil duduk di kerusi,,, Ibu tunggal ini memohon
doa serta bertawakal kepadanya,,,
Dari pagi hingga ke tengah hari ,,,,
Tiada seorang pelanggan pu yang datang ke gerai ibu
tunggal ini,
Ibu tunggal ini tabahkan semangat cekalkan hati,
pergi memastikan tapai yang dibawanya,,,
hasilnya tetap belum masak lagi,,,
ramai penjual sudah mengemas barang untuk pulang ke
rumah,
namun ibu tunggal ini tetap sabar dan berserah pada
Allah,
Tidak lama kemudian, seorang perempuan tua datang
ke gerai ibu tunggal ini,,,
"Cik, Cik tahu x kt sini yg ade jual tapai?
tapai yang belum masak?"
"Puan, puan nk beli tapai yg belum masak?, di
sini ada tapai yang belum masak puan,"
"Ye ke? baguslah, tapai ni nnti sye nk berikan
kpd anak sye yg tidak lama lagi tiba di rumah kerana baru pulang dari mesir
,,,"
lalu perempuan tua ini membeli semua tapai yang
ada,
Alhamdullilah, Syukur pdamu Ya rabbi,
Akhirnya habis jualanku untuk hari ini.....
Drpd kisah ini, kita dapat simpulakn yg sebenarnya
- DOA MeRuPaKaN ASSET UTAMA,
- USAHA merupakan Tonggak
- ISTQOMAH merupakan Tulang belakang
- TAWAKAL merupakan Perkara yang Paling
penting
Segala yang baik itu datangnya dari Allah,
Segala yang
buruk itu juga datangnya dari Allah,
Di Atas asbab kelemahan hamba yang hina ini,
Allah merancang, kita juga merancang , tetapi
kita kena ingat Allah adalah sebaik-baik perancang.
Wallahua'lam.~

.jpg)